Demi Masa

Dan akhirnya Dr. Zul menangis ke sedu-sedu. Siapa yang tidak menitis air mata apabila melihat Rasulullah s.a.w. Orang-orang yang menziarahi makam baginda, yang tidak melihat beliau dengan kaca mata juga menitiskan air mata, inikan pula orang melihat Rasulullah s.a.w. secara nyata.

“Why are you so sad?” tanya Sheikh Sulaiman, dengan telor Arab. Sheikh Sulaiman adalah seorang ulama fekah mazhab Hanafi yang juga menggotai ekspidisi ini.

“Why wouldn’t,”Dr. Zul cuba mengawal diri. Beliau mengenang kembali saat-saat beliau dituduh gila kerana teori-teorinya. Beliau terkenang rumahtangganya yang hancur kerana terlalu tumpu kepada cita-cita. Beliau mengenang kembali masa-masa yang dicurahkan mengkaji teori relatif, cahaya, bunyi dan pantulan.

“I have spend so much time in my life building the machine. And here, when we are finally able to travel back in time see Rasulullah. I couldn’t understand a word he is saying.”

Dr. Zul terus termenung kesedihan. Walaupun di kalangan anggota ekspidisi yang dapat menterjemahkan ucapan-ucapan nabi itu, tetapi bagi beliau, ia bukan satu kepuasan.

Semua anggota ekspidisi terdiam memandang ke arah Dr. Zul.

Kelapan-lapan anggota ekspedisi itu masih berada di situ dari jauh. Mereka tidak dapat dilihat, mereka seolah-olah halimunan, tetapi mereka dapat memerhati gerak-geri orang-orang di madinah.

“Hurry .. they are moving out soon.” Kata Majer Rizan, ketua ekspedisi. “We must reach Badar before anyone else.”

…….

cerpen ni dari segi syarak tak tahu laa kedudukkannya. Tetapi keseluruhannya ia tidak membincangkan tentang nabi. Hanya keghairahan para time traveler melihat nabi.

Leave a Comment

Your email address will not be published.