Farid,
Ko pernah tengok neraka?
Aku pun tak pernah.
Tapi hidup kat dunia ni pun dah cukup susah
Asyik kena tipu
Asyik kena bayar cukai
Asyik kena bayar hutang
Kadang-kadang aku pun give-up
Mesti kat neraka lagi laa susah.
Farid,
Ko pernah tengok syurga?
Aku pun tak pernah.
Tapi aku pernah kucup batu syurga
Aku terpaksa berebut-rebut dengan ramai orang
Ada yang sampai menangis-nangis
Ada yang sampai marah-marah
Ada yang tolak-menolak
Hanya kerana sebongkah batu
Semuanya berlumba-lumba
Pastinya asal-usul batu itu
Adalah suatu tempat yang semua orang nak pergi
Farid,
Ko kejar ler dunia ko
Biar aku duduk macam ini.
Aku ada planning besar
aku nak ke tempat asal batu hitam itu.