Ustaz Shamsuri: Kuliah Bahrul Mazi Jilid 07 muka surat 074

Kitab Bahrul MaziKuliah Bahrul Mazi Jilid 07 muka surat 074

oleh Ustaz Shamsuri Hj. Ahmad

Antara hadith di dalam audio :

Mukadimah

Di dalam sebuah hadith lain riwayat sahabat Abu Darda’ r.a. Telah datang seorang lelaki kepadanya dan berkata, “aku memiliki seorang isteri dan ibuku menyuruh aku menceraikannya.” Kata Abu Darda’, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “orang tua-tua adalah pertengahan pintu-pintu syurga. Jika kamu mahu, kamu boleh sia-siakan atau kamu boleh menjaga ia.”

(http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi : 1110, hassan sahih)

Pada zaman nabi, anak kepada Umar Al-Khattab r.a. iaitu Abdullah Ibnu Umar mempunyai seorang isteri yang amat disayanginya. Kerana sebab-sebab tertentu Umar Al-Khattab r.a. tidak menyukai menantunya itu dan menyuruh anaknya mencerai si isteri. Abdullah r.a. mengabaikan perintah ayahnya kerana sayangnya kepada isteri lalu mengadu kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda, “Wahai Abdullah Bin Umar r.a., ceraikanlah isterimu.”

(http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi : 1822, sahih)

Di dalam sebuah hadith riwayat sahabat Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Rugi besar! Rugi Besar! Rugi Besar!.” Ditanyakan, “siapakah yang Rasulullah s.a.w.?” Beliau menjawab, “Orang yang pada usia dewasa mempunyai kedua orang tua yang masih hidup, baik salah satu atau keduanya, tetapi kemudian orang tersebut tidak masuk syurga.”

(http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim : 4628)

Bahrul Mazi
(audio bermula 00:13:00)

Bab Yang Datang Pada Menyatakan Ziarah Orang Sakit

Hadith riwayat Tsauban r.a. daripada Rasulullah s.a.w., “Sesungguhnya orang Muslim ketika menjenguk kepada saudara yang muslim, maka ia sentiasa memetik buah-buahan syurga”

(http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi : 890, hassan sahih)

Hadith riwayat Said r.a., Ali r.a. memegang tanganku dan berkata, “Mari kita ziarah Hassan, maka di dapatinya Abu Musa.” Ali berkata, “Hai Abu Musa, kamu datang menjenguk(orang sakit) atau berkunjung?” Abu Musa berkata, “Tidak, aku datang untuk menjenguknya.” Ali berkata, “Tiada seorang muslim yang menjenguk(orang sakit) seorang muslim di waktu pagi, kecuali tujuh puluh malaikat meminta rahmat kepadanya sampai petang, dan kalau ia menjenguk di waktu petang, maka tujuh puluh malaikat meminta rahmat sampai pagi dan ia akan memetik buah-buahan syurga.”

(http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi : 891, hassan gharib)

Daripada Zaid Bin Arqam r.a. , “Ziarah akan daku oleh Rasulullah s.a.w. kerana aku sakit mata.”

(http://hadith.al-islam.com, Sunan Abu Daud: 2696, sahih menurut syarat Bukhari)

Bab Yang Datang Pada Menyatakan Tentang Tegah Mencita Mati

Daripada Harath Bin Madharib r.a., katanya, “Masuk aku atas Khabab dan sessunguhnya menyelar pada perutnya. Maka katanya, tiada aku ketahui akan seorang daripada sahabat nabi s.a.w. yang jumpa bala seperti yang aku jumoa. Demi sessugguhnya adalah aku tiada aku dapat sedirham pada zaman nabi s.a.w. dan pada pihak daripada rumahku itu empat puluh ribu dan jika bukan kerana bahawasanya Rasulullah s.a.w. sesungguhnya akan daku itu menegah akan kami mencita mati, nescaya mencita aku.”

(http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi : 892, sahih)

 

Download Audio (mp3) : http://www.savefile.com/files/1135075
Kitab Bahrul Mazi : http://aalwi.mymasjid.net.my/kitab-bahrul-mazi-muhimmah-fi-ilmi-hadith-tafsir-nurul-ehsan/

 

Leave a Comment

Your email address will not be published.